KEPENTINGAN KREATIVITI DALAM P&P PENDIDIKAN SENI

Peranan Tiga Komponen Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Masa Kini.

Seperti yang kita sedia maklum hari ini, di setiap sekolah pada masa kini tidak kira
sekolah rendah mahupun sekolah rendah semestinya terdapat pengajaran
matapelajaran seni. Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP
diwujudakan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu itu dari aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang turut sama ingin mewujudkan insan yang seimbang dari aspek yang
sama juga. Selai itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan
dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual,
seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam matapelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru
dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni
visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan
lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu
aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang
didengari.

Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di
sekeliling kana-kanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat
mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih
berkesan. Mereka juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru
dengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing.
Warna merupakan elemen yang tidak kurang penting dalam kehidupan. Tanpa warna
kehidupan akan menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada
hanya warna hitam dan putih. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dna tidak
menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam
komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama
iaitu warna primer, warna sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya
wujud disekeliling kita. Contoh-contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat
daun, warna warni yang terdapat pada pelangi dan juga sebagainya. Penggunaan
warna juga turut member kesan kepada manusia. Warna yang digunakan member
kesan terhadap personality, budaya dan juga psikologi seseorang. Terdapat juga warna
panas dalam seni visual. Sebagai contoh warna merah yang menggambarkan perasaan
marah, semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang. Sebagai
contoh, jika seseorang individu itu mengenakan pakaian yang berwarna terang seperti
oren dan merah, semestinya tanggapan yang wujud ialah dia seorang berani kerana
memilih warna tersebut sebagai pilihan. Warna sejuk pula member kesan yang lebih
tenang dan nyaman dalam sesuatu hasil seni visual. Ianya juga menggambarkan emosi
sedih dan juga sayu seseorang.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka maka
muzik tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu
atau rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu
kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi
seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita
seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak
kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini
merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya
berlaku setiap masa. Kanak-kanak juga mampu menghasilkan irama mereka sendiri. Ini
dapat dilihat ketika mereka berkawad, menepuk tangan, mengetuk meja dan
sebagainya. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan menghasilkan muzik
yang menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan
sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.
Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama
sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan,
menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda
kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran
muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid
akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan
secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti
dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok
melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan
meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya
tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar.
Ruang juga merupakan elemen dalam matapelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang
dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau
dengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian, kita
memerlukan ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Penggunaan ruang
yang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruang
tersebut lebih selamat.

Menurut Howard Gardner ( 1983 ), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan
melihat dunia “ visual spatial” dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik
bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan
aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung membantu
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya
mencapai matlamat pnp tersebut.
Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu
cabang komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan
menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu,
guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan
menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertent
dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam
Pendidikan sebenarnya member peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam
sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam
setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak
langsung, ia mengajar murid untuk menangani/ menguruskan sumber imaginasi,
kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.
Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli
piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu

ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif.
Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan.
Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah
bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan
kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk
menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh
meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif.
Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi semua
matapelajaran. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahirankemahiran
yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga turut perlu diberi tumpuan demi
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru
hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid menggunakan
sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti yang
meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai
kepelbagaian gaya belajar.

Tiga unsur dalam Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan
perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah
mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik,
memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang
yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan,
murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif.
Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih
berpusatkan kepada guru.

Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan
menggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna ( seni visual ), irama
( seni muzik ), dan seni pergerakan.sebagai contoh, dalam pengajaran matapelajaran
sains dimana guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan haiwan peliharaan
kepada kanak-kanak. Guru boleh membawa kanak-kanak ke taman sains sekolah
untuk melihat haiwan peliharaan yang terdapat di situ. Seterusnya kanak-kanak akan
membuat pemerhatian, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari
aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga boleh
melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat itu. Bimbingan daripada guru kepada
kanak-kanak yang mempunyai masalah perlulah diberikan. Kebebasan perlulah
diberikan kepada murid untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan untuk
mendapatkan hasil yang menarik dan kreatif. Pelajar juga dapat menggunakan daya
imaginasi dan ingatan mereka dalam menghasilkan lukisan dan seterusnya dapat
meningkatkan daya kreativiti mereka.

Setelah kajian yang dilakukan telah selesai dijalankan, guru boleh mengarahkan murid
untuk membentang dapatan kajian yang mereka telah perolehi. Pembentangan boleh
dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh menggunakan setiap ruang
yang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan menjalinkan bersama
kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan tersebut menarik dan kreatif.
Seterusnya setiap kumpulan akan membuat persembahan seperti menyanyi dan juga
menari lagu yang berkaitan dengan haiwan yang telah mereka kaji. Mereka boleh
membuat pergerakan dan bunyi haiwan yang telah mereka kaji. Perbincangan antara
ahli kumpulan perlu dilakukan untuk menghasilkan satu bentuk persembahan yang
menarik dan kreatif. Setiap kumpulan diberi kebebasan untuk mencipta irama yang
akan digunakan untuk mengiringi persembahan mereka. Alatan yang berada di
sekeliling boleh digunapakai untuk menghasilkan irama yang diinginkan. Mereka boleh
meneroka bunyi-bunyian seperti bunyi botol kaca yang diketuk, bunyi tapak kasut, dan
juga sebagainya. Pelajar perlulah mencuba dan menggunakan pelbagai alatan dan
bahan sewaktu mengadakan persembahan bagi menjadikannya lebih menarik. Mereka
akan berasa seronok menjalankan hasil kreativiti mereka sendiri.
Dari segi aspek ruang, pelajar perlulah menggunakan ruang yang ada dengan sebaik
mungkin. Pemilihan ruang yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan akan
menjadikan persembahan lebih menarik. Sekiranya ruang yang diperlukan tidak
mencukupi, mereka boleh mengubah kedudukan meja dan kerusi. Pengalaman yang
diperolehi ini akan membantu pelajar dalam kreativiti mereka.
Kesimpulannya, pengajaran yang berkonsepkan seni dalam pendidikan akan dapat
membantu pelajar dalam meningkatkan daya keyakinan diri melalui penerokaan mereka
sendiri terhadap apa yang ada disekeliling mereka.

Monday, April 5, 2010 at 7:26 PM , 0 Comments

MASALAH YANG DIHADAPI

la "dengar kata puan nak tunangkan anak." pastu mak dia kata " ehh takdela.. yang abang tu kenduri kawan dah. yang adek blaja lagi kat U." pastu aku mcm tersentap gila sbb suara amak dia sangat telus. pastu aku pancing lagi." entah la. sapa tah cakap. caya dengar2 je". mak dia mmg menafikan. mak dia siap pelik lagi. mak dia tanya " tunang ngan sapa?" pastu mak dia gelak.so.. aku pun nak make it short, aku pun kata "agaknye salah berita la kot" pastu dah la..

then, pkl 2 ptg dia kata dia dah sampai kampung. okla. pastu aku tgk kat forum lain , boleh lak dia memosting pukul 3 ngan ngan 4 lebih. aikkk.. boleh plak ngkau berbincang sambil memosting? hai semua.. ok. before this aku ada mengutarakan masalah aku kat sini.

hari sabtu yang dulu aku mcm rasa pelik. tibe2 hati aku berdetik yang ntah ntah mamat tipu je kata mak dia nak tunangkan. tp berdasarkan apa yang dia kata kat aku dan dr reaksi dia, mcm betul la plak mak dia nak tunangkan dia.
so, masa dia konon2 on the way, aku call mak dia and menyamar konon2 kawan lama mak dia. pastu aku pancing
pastu petang dia call.
dia kata mak dia taknak dengar apa apa reason and mmg mak dia nak tunangkan dia jugak. aku tak bgtau la pasal perbualan aku ngan mak dia. dia kata parents dia dah basuh dia. dia kene concentrate kat girl tu. cara dia ckp mmg menderitakan aku yang mendengar. dengar mcm org yang dalam kebuntuan. then masa tu aku terpikir, maybe mak dia taknak berita pertunangan ni tersebar. maybe among their faimly je. aku pun nanges2 sbb akan kehilangan dia. pastu tetibe aku dgr mcm bunyi bising yang familiar. bunyik org sorak. aku tanya dia. dia kata dia kat tepi tingkap and ade org main2 kat taman, tp jawapan dia mcm pelik, hati aku mcm ragu2. okla. fine.pkl 7 lebih dia kata dia kene temankan mak dia.aku pun lap lap air mata and kuar bilik. mak aku kata td ade game badminton kat TV. baru aku teringat ttg sorakan tu. sorakan tu sorakan kawan2 bilik dia!! kalau taman, napa sorakanya sekejap2? napa tak berterusan? pastu bunyik sorakan tu bunyik indoor.lagipun before this aku selalu dgr sorakan mcm tu.aku mcm terpikir something. betul ke dia kat perlis, then aku suruh adek aku call mak dia and menyamar as kawan lama mamat ni and konon2 nak bg kad jemputan kawen tp tak dpt kontek mamat ni. mak dia kata mamat ni tak balik kampung minggu ni sbb ade presentation. balik ujung bulan ni. adek aku kata suara mak dia mesra and telus je~cian plak aku kat mak dia.

pastu tak lama tu, mamat ni sms aku, tanya betul tak aku ade call mak dia. aku ngaku je la. pastu dia kata aku memburukkan keadaan. dia kata mak dia kecik hati. pastu aku ngan adek aku review balik. kalau mak dia menipu, mestila mak dia tak mesra mcm tu. aku rasa, bila adek aku call, mak dia call mamat ni balik and ckp yang ade org carik sbb nak bg kad kawen. pastu maybe mak dia ckp jugak yang mak dia pelik sbb pg tadi ade org kata nak bertunangkan anak. sbb tu la kot mamat ni tau aku yang call. sbb dia je yang cakap kat aku pasal tunang ni.kalau mamat ni betul2 berada di kampung dia, mesti la mamat ni tahu tentang panggilan aku yang pertama, kan?

skrg ni aku tak tau nak percaya siapa? kalau dia nak tinggalkan aku, ckp direct kat muka aku. jgn tipu.

then aku pernah teringat yang dulu dia pernah kata kat aku yang dia mcm terpikir nak alone sbb masalah kesihatan dia. dia kata lebih baik aku hilang dia skrg dr hilang dia kemudian.dia. entah la. adakah dia ambil langkah ni untuk be "alone"? sbb dia mmg tau yang aku sgt suffer kalau dia takde. malam2 tido pun ngigau carik dia.

tapi kenapa dia tak habeskan masa yang dia ada ni bersama aku? kalau dia lemah, aku akan jadi kekuatan dia!! kenapa perlu buat mcm ni.

nak kata dia tak sayang aku, sampai malam sabtu sebelum dia marah tu dia kat adia still sayang aku sampai bile2. perilaku dia mmg nampak dia sayang kat aku.(tak taulah kalau dia berpura)..

entah la aku keliru. dia mmg marah betul pasal aku call mak dia sampai kan dia kata WTF kat aku and BACK OFF pls kat aku.
mcmane ni...

wahai lelaki... agak2 mengapakah kaum sejenis u all ni bertindak cm ni?

at 7:09 PM , 2 Comments

DEFINISI KREATIVITI

Kreativiti merupakan anugerah tuhan kepada setiap insan yang berada di atas muka bumi ini namun kita selalu mengabaikannya. Kreativiti adalah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan seperti hiasan, persolekan, jamuan perniagaan dan lain-lain. Kita boleh belajar berfikiran kreatif melalui pemerhatian dan boleh menerangkannya. Kita berfikir luar dari kotak pemikiran yang biasa. Adakah cara kita bertanya untuk boleh menjadikan seseorang itu berfikiran kreatif? Cara kita bertanya boleh menukarkan cara kita berfikir (mindset). Ia mengajar kita bagaimana sesuatu input (sama ada rangsangan deria atau maklumat) dapat diterangkan dan terbentuk dalam imageri dan minda seseorang untuk menerima maklumat.

Dari sudut pandangan seni visual pula, kreativiti dalam seni adalah satu perbuatan berfikir yang kreatif dan bernas tentang sesuatu idea untuk menghasilkan sesuatu dengan memikirkan aspek – aspek permasalahan yang akan muncul dan memikirkan penyelesaian masalah tersebut.
Beberapa tokoh dalam disipilin sains pemikiran antara lain menjelaskan bahawa kreativiti amat rapat dengan aktiviti dan gaya hidup manusia. Antara definisi yang diberikan adalah:

“... diri dalam keadaan bergerak balas ketika ia dirangsang dengan cara dinamik.”
(Hopkins, 1937 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

“... sebagai satu pemikiran dalam hidup”
(Fomm, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

“proses yang dilalui oleh seseorang dalam pengalaman seharian yang membwa perbaikan – pertumbuhan diri.”
(Andrews, 1961 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

“... satu proses yang seseorang itu menjadi peka terhadap masalah, kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebgainya; mengenal pasti perkara-perkara sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu; menguji dan menguji semula hipotesis-hipotesis ini dan mungkin mengubah suai dan mengujinya semula; dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain.”
(Boon dan Ragbir, 1998)

“...melihat apa yang orang lain sudah nampak dan memikirkan apa yang belum difikirkan oleh orang lain.”
(Torrance, 1974)

“Creativity is the connecting and rearranging of knowledge-in the minds of people who will allow themselves to think flexibly-to generate new, often surprisingly ideas that others judge to be useful.”
(Plesk, 1997 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

“kreativiti adalah proses yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan ia mencipta sesuatu baginya.”
(Mead, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

at 7:05 PM , 0 Comments